News & Events

 
 
Picture of Fadhullah Masri
[BM] Term 1810 Support Session for School Registrar
by Fadhullah Masri - Monday, 5 February 2018, 2:18 PM
 

Perhatian kepada School Registrar,

Sebagai persediaan untuk Tahun Akademik 2018, dimaklumkan bahawa Support Sessions akan diadakan bagi membantu menyelesaikan isu-isu berkenaan dengan Student Progression, Student Graduationdan Student Movement. Wakil dari setiap sekolah adalah dihadkan kepada dua (2) orang sahaja, yang mana memegang peranan sebagai School Registrar. Manakala bagi Student Enrollment, adalah disarankan bagi pihak sekolah untuk menyelesaikannya pada waktu tersendiri.

Support Sessions tersebut akan diadakan pada 31hb Januari hingga 14hb Februari 2018, pada sebelah petang. Untuk mendapatkan jadual dan tempat yang ditetapkan bagi sekolah masing-masing, sila klik disini.

Sila ambil perhatian bahawa sesi ini tidak dimestikan bagi sekolah-sekolah untuk menghadirkan diri. Akan tetapi, pihak sekolah adalah disarankan untuk menyelesaikan aktiviti di atas pada waktu tersendiri. Jika wakil sekolah tidak dapat menghadirkan diri pada hari yang ditetapkan, sila hubungi iNEISTM  Hepldesk Team untuk membuat temu janji.

Agenda untuk sesi ini adalah seperti berikut:

  • Student Progression
    • Progression
    • Streaming
  • Student Graduation
    • Clearance
    • Graduation
  • Student Movement
    • Transfer
    • Withdrawal

Adalah disarankan bagi School Registrars untuk membawa senarai berikut untuk mendapat manfaat sepenuhnyda dari Support Session ini:

  • Senarai Graduation Students beserta Student ID.
  • Senarai Transferring Students beserta Student ID, Nama, Tarikh pemindahan dan Requested School.
  • Senarai Withdrawing Student, Nama dan Tarikh mengeluarkan.
  • Senarai Retaining Students beserta Student ID dan Nama.
  • Senarai pelajar dari Tahun 8 beserta Program baru / Stream bagi Tahun 9.
    • Pihak Sekolah boleh memuatturun senarai murid Tahun 8 dari Query Viewer menggunakan MOE_PR_SECS atau MOE_PR_SPRT.
    • Sila ambil maklum untuk menaikkan (progress) murid masing masing secara “manual” bagi murid yang mana peratus kedatangannya tidak mencapai 85%.

 

Untuk bantuan selanjutnya, sila hubungi iNEIS™ Helpdesk Team di talian +673-2230635 atau emel kepada ineis@moe.gov.bn atau lawati laman web di http://help.ineis.moe.gov.bn.

 

Terima kasih atas perhatian anda mengenai perkara ini.

292 words