News & Events

 
 
Picture of Fadhullah Masri
[BM] Term 1820 Timetabling Announcement
by Fadhullah Masri - Tuesday, 13 March 2018, 11:40 AM
 

Kepada School Timetabling Admins,

Sila ambil maklum bahawa Class Timetable (Registration dan Subject) boleh dimuat naik ke iNEIS™ sebelum bermulanya Panggal ke 2 (2 April 2018).

Selepas itu, pendaftaran pelajar ke registration dan subject classes hendaklah disiapkan oleh School Student Registrar masing-masing untuk membolehkan guru kelas menjalankan tugas-tugas yang perlu seperti mengambil kedatangan pelajar dan mengambil penilaian pelajar dalam iNEIS™.

Berikut adalah sebagai senarai semak untuk timetabling, yang mengandungi keperluan penting untuk membantu anda memulakan persediaan sekolah anda untuk Panggal ke 2 (1820) dalam iNEIS™.

Peranan yang diperlukan untuk mengemaskini Registration dan Subject Class Timetable untuk Panggal 1820: School Timetabling Admin.

Semua sekolah dinasihatkan untuk memuat naik Registration dan Subject Class Timetable sebelum 16 April 2018. Ini adalah untuk memberi lebih banyak masa untuk schools registrar untuk mendaftarkan pelajar ke kelas masing-masing. Sekiranya terdapat perubahan yang diperlukan untuk Timetable anda yang ada, sila buat perubahan yang diperlukan sebelum memuat naik. Untuk langkah-langkah bagaimana mengubah suai timetable dan bagaimana untuk memuat naik ke iNEIS™, sila rujuk kepada arahan yang boleh dimuat turun di sini. Sila ambil perhatian tentang tarikh mula / tamat berikut untuk Panggal ke 2 (1820) apabila mengeksport .ETZ Timetable.

Term/Session Start Date End Date
1820/1 02/04/2018 06/09/2018

 

School Timetable Admins juga diingatkan untuk menjalankan proses ‘Assign Extra Instructor - All’ supaya School Student Registrar dapat mengakses dan menjana Attendance Roster untuk kelas.

Sekolah-sekolah MESTI menghantar salinan timetable (.ETZ) kepada kami untuk tujuan sandaran. Format e-mel hendaklah seperti berikut:

Email To: stefan.mah@sprintville.comdanny.lee@sprintville.com, suryafi.emran@sprintville.com

Email subject Title: iNEIS Term 1820 Timetable – (School code) (School name)

Contoh: iNEIS Term 1820 Timetable -1006 SR Pusar Ulak

Naming convention for .ETZ file name: iNEIS_ (Acad Career) _ (School Code) _ (School Name) _ (Term)

Contoh: iNEIS_PRIM_1006_SR Pusar Ulak_1820

Sila ambil maklum bahawa tidak memuat naik school timetable akan menyebabkan kelewatan dalam student enrolment, attendance dan assessment marks entry. Sila ambil perhatian bahawa mengambil attendance dan assessment sangat bergantung pada timetabling dan enrollment. Sekiranya timetabling dan enrollment tidak selesai, guru di sekolah anda tidak dapat mengambil attendance dan memasukkan assessment dalam sistem untuk Panggal ke 2 (1820).

Adalah penting bagi School Timetabling Admin untuk memaklumkan dan berhubung dengan School Student Registrar untuk memastikan timetable mereka telah dimuat naik dengan berjaya supaya mereka dapat memulakan student enrollment ke kelas masing-masing.

Untuk sebarang lajut, sila hubungi iNEIS Helpdesk di Tel No: +673-2230635 atau E-mel: ineis@moe.gov.bn.

Terima kasih atas perhatian anda mengenai perkara ini.

423 words