News & Events

 
 
Picture of Sally Leong
[BM] Pembekalan Buku-Buku Aktiviti Prasekolah dan Buku Log 2019
by Sally Leong - Saturday, 5 January 2019, 5:33 PM
 

Perhatian kepada Guru-Guru Besar Sekolah Rendah Kerajaan,

Dengan merujuk kepada JPK/BBT/25/J20 (38) memorandum, Jabatan Perkembangan Kurikulum sukacita ingin memaklumkan bahawa kebenaran membekalkan buku-buku prasekolah ke sekolah-sekolah telah diluluskan pada Disember 2018. Oleh yang demikian, Unit Penerbitan akan melaksanakan penghantaran buku-buku tersebut pada minggu pertama hingga minggu akhir Januari 2019. Sekiranya Guru Besar atau Penolong Guru Besar tidak berada di sekolah semasa pembekalan dilaksanakan, adalah dipohonkan kerjasama bagi sekolah-sekolah untuk menghantar wakil masing-masing untuk urusan penerimaan buku-buku tersebut. Dimaklumkan juga bahawa buku-buku log (Logbook)  akan dibekalkan secara percuma untuk murid-murid Tahun 4 sahaja. Butiran lanjut mengenai memo diatas adalah seperti berikut:

Tempat : Unit Penerbitan, Aras 3, Jabatan Perkembangan Kurikulum, Bangunan Baru Kementerian Pendidikan, Jalan Lapangan Terbang Lama Berakas.

Masa : (Dibuka setiap hari bekerja) Dari jam 8:00 pagi hingga 12:00 tengahari, dan 2:00 petang hingga 4:00 petang.

Talian : 238433 sambungan 304/313/316

Perhatian : Wakil hendaklah membawa cop sekolah mereka masing-masing

Diucapkan ribuan terima kasih di atas perhatian anda mengenai perkara ini.

177 words