News & Events

 
 
Picture of Fadhullah Masri
[BM] Term 1910 SMN Support Sessions for SMN Announcement
by Fadhullah Masri - Tuesday, 5 March 2019, 10:06 AM
 

Perhatian kepada Pengawas SMN,

Sebagai persediaan untuk bantuan Skim Miftahun Najaah 2020, dimaklumkan bahawa bengkel akan diadakan bagi membantu menyelesaikan kemasukan permohonan bantuan Skim Miftahun Najaah. Wakil dari setiap sekolah yang dilantik sebagai pengawas SMN adalah dihadkan kepada dua (2) orang sahaja.

Bengkel tersebut akan diadakan di sebelah petang pada 12hb Februari hingga 6hb Mac 2019. Untuk mendapatkan jadual dan tempat yang ditetapkan bagi sekolah masing-masing, sila klik di sini.

Sila ambil perhatian bahawa bengkel ini wajib untuk sekolah-sekolah menghadirkan diri tetapi, pihak sekolah mesti menyelesaikan aktiviti di atas pada waktu tersendiri. Jika wakil sekolah tidak dapat menghadirkan diri pada hari yang ditetapkan, sila hubungi iNEISTM  Hepldesk untuk membuat temu janji.

Anda boleh memuat turun langkah-langkah tentang cara membuat permohonan bantuan SMN di sini.

Agenda untuk sesi ini adalah seperti berikut:

1. Permohonan bantuan Skim Miftahun Najaah

Adalah disarankan bagi pengawas SMN untuk membawa senarai berikut untuk mendapat manfaat sepenuhnya dari Support Session ini:

  • Senarai murid-murid berserta ID pelajar.
  • Butiran keluarga pelajar (jika perlu).
  • Dokumen sokongan yang diimbas (jika perlu).

 

Untuk bantuan selanjutnya, sila hubungi iNEIS™ Helpdesk Team di talian +673-2230635

atau emel kepada ineis@moe.gov.bn atau lawati laman web di http://help.ineis.moe.gov.bn.

 

Terima kasih atas perhatian awda mengenai perkara ini.

212 words