News & Events

 
 
Picture of suryafi emran
[BM] Term 1930 Timetabling Announcement
by suryafi emran - Thursday, 25 July 2019, 3:52 PM
 

Perhatian untuk Timetable Admin,

Bagi persediaan Tahun Akademik 2019, adalah di maklumkan kepada pihak yang berkenaan untuk mempersiapkan Jadual Waktu Sekolah masing-masing dengan menggunakan EDVAL.

Seperti yang sudah maklum, jadual waktu sekolah haruslah mempunyai Kelas Pendaftaran dan Kelas Subjek. Berikut adalah panduan yang telah disediakan untuk membantu anda dalam menyelesaikan Jadual Waktu Sekolah masing-masing untuk Tahun Akademik yang akan datang.

1.     Kelas Pendaftaran

Membuat Kelas Pendaftaran merujuk kepada proses berikut:

  • Menentukan masa untuk kelas pendaftaran.
  • Menentukan kelas untuk kelas pendaftaran.
  • Menentukan bilangan kelas pendaftaran untuk setiap peringkat Akademik
  • Mengenal pasti guru kelas masing-masing.

Untuk mengetahui cara-cara membuat kelas pendaftaran, sila rujuk kepada fail di sini dibawah Section 5.4 Registration Classes.

Langkah seterusnya, anda dikehendaki untuk mengisi fail yang dipanggil ‘iNEIS TT Class Section Mapping v0.1.xls.’ dan berikannya kepada School Student Registrar masing-masing supaya mereka boleh meneruskan proses pendaftaran pelajar ke kelas masing-masing. Ini adalah untuk mengurangkan masalah seperti pendaftaran kelas yang salah. Fail ini boleh dimuat turun di sini.

2.     Persiapan Jadual Waktu Subjek Tahun Akademik 2019

Membuat Kelas Pendaftaran merujuk kepada proses berikut:

  • Menentukan masa untuk kelas subjek.
  • Menentukan Kelas (classroom) untuk kelas mata pelajaran.
  • Menentukan bilangas kelas mata palajaran bagi setiap peringkat Akademik.
  • Menyusun jadual pengajaran guru.
  • Mengenal pasti ‘workload’ guru masing-masing.
  • Mengenal pasti guru-guru mata pelajaran dari kelas subjek masing-masing
  • Mengenal pasti kelas Combined/Optional/Team-Teaching di sekolah masing-masing.

Untuk membuat dan menjadualkan Kelas Subjek, sila klik di sini dan rujuk bahagian Timetabling Activity untuk arahan yang lebih lanjut. Sila ambil perhatian tentang tarikh Mula/Tamat berikut untuk Term 3(1930) apabila mengeksport .ETZ Timetable:

Term/Session

Tarikh Mula

Tarikh Tamat

1930/1 16/09/2019 30/11/2019

Seperti yang sudah maklum, draf jadual waktu subjek sekolah yang terkini adalah tertakluk kepada faktor-faktor seperti kelulusan dari Guru Besar, Pemindahan Guru-Guru, Kemasukkan Guru-Guru Baru dan lain-lain hal, Walau demikian, adalah di sarankan bagi pihak Timetable Admin, untuk meneruskan dengan menyiapkan Jadual masing-masing terlebih dahulu kerana perisian EDVAL mampu menampung perubahan-perubahan yang mungkin akan berlaku,

Jika Jadual yang sudah di muat turun mengandungi butiran yang kurang tepat, adalah dinasihatkan untuk memuat naik semula dalam tempoh yang di tetapkan. Proses memuat naikkan semula butiran Jadual tidak akan menjejaskan nombor kelas dan akan mengemaskinikan sebarang perubahan kepada maklumat perjadualan. Oleh itu, ini tidak akan memberi sebarang impak kepada pelajar yang telah mendaftar di dalam kelas.

Setelah selesai pendaftaran dan jadual waktu, sila berikan fail .etz anda kepada pihak iNEIS helpdesk untuk rujukan/kegunaan pada masa akan datang.

Fail boleh dihantar kepada:

  • Emel Kepada:  ineis@moe.gov.bn
  • Tajuk Emel Subjek: iNEIS: (School Code)_Registration Class Details_1930
    Sebagai Contoh: iNEIS_1006_Registration Class Details_1930
  • Format Penamaan Fail: iNEIS_(School Code)_Registration Class Details_1930.xls

Nota Penting: Untuk sekolah yang mengalami masalah tidak dapat membuka fail ETZ, sila rujuk arahan di sini untuk mengaktifkan semula fail ETZ anda. Sila ikuti langkah yang telah disenaraikan sebaik sahaja menemui masalah tersebut.

Sila ambil maklum, jika tidak memuat naik jadual waktu sekolah, ini akan menyebabkan kelewatan dalam proses kemasukkan pelajar, kehadiran dan kemasukan markah penilaian. Sila ambil maklum juga bahawa pengambilan kehadiran dan penilaian pelajar-pelajar adalah sangat bergantung kepada jadual waktu dan pendaftaran. Sekiranya jadual waktu dan pendaftaran tidak selesai, guru-guru di sekolah anda tidak akan dapat mancatat pelajar untuk Term 3 (1930).

Adalah penting bagi School Timetabling Admin, untuk memaklumkan dan berhubung terus dengan School Student Registrar untuk memastikan jadual mereka telah selesai dimuat naik supaya mereka dapat memulakan proses pendaftaran pelajar ke kelas masing-masing.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pihak iNEIS Helpdesk di talian: +673-2230635 atau Emel: ineis@moe.gov.bn.

Terima kasih atas perhatian anda mengenai perkara ini

617 words