6.2.5" />

[BM] ANGGARAN MURID PRA BAGI TAHUN 2021

Perhatian kepada Guru Besar Sekolah-Sekolah Rendah Kerajaan,

Sila ambil perhatian berhubung perkara diatas, pihak Sekolah disarankan untuk melengkapkan borang Keterangan Anggaran Murid Pra Bagi Tahun 2021, serta mengemaskini inventori masing-masing bagi mengenalpasti jika ada baki buku-buku aktiviti. Borang yang lengkap perlu diimbas (scan) sebelum menghantarnya ke Unit Penerbitan melalui alamat emel berikut: upn@cdd.moe.edu.bn tidak lewat pada hari Isnin, 27hb Julai 2020. 

Di samping itu, borang berkenaan akan digunakan sebagai rujukan semasa pengagihan buku-buku tersebut bagi penggunaan murid-murid prasekolah pada tahun 2021.

Memorandum bagi perkara diatas boleh didapati disini.

Di maklum juga bagi Pegawai Buku-Buku Teks untuk mengemaskini Curriculum Materials Inventory (Stock book) di dalam iNEIS™ setelah buku-buku teks tersebut sudah diperolehi. Sila rujuk Online Help untuk mengetahui tatacara tersebut.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila hubungi:

  • Unit Penerbitan, Jabatan Perkembangan Kurikulum, di talian 2384333 ext 310/313/314/316 untuk sebarang pertanyaan berkenaan dengan Buku-Buku Teks.

Diucapkan ribuan terima kasih di atas perhatian anda mengenai perkara ini.