6.2.5" />

[BM] Term 2030 Timetable and Student Enrollment Rollover

Perhatian kepada semua School Timetable Admin dan School Registrars,

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Sekolah-Sekolah telah mengambil inisiatif untuk mengautomasikan proses peralihan dari Term 2020 ke Term 2030. Sebagai pra-syarat untuk proses ini, Schools Timetable Admin hendaklah menyelesaikan proses memuat naikkan jadual masing-masing sebelum 10hb September. Sekiranya awda perlukan bantuan dalam memuat naik jadual, sila hantarkan fail ETZ Term 2020 kepada Helpdesk Team melalui emel di ineis@moe.gov.bn

Dalam pada itu juga, ciri Term Enrolment Rollover bagi Term 2030 akan dimulakan sebaik sahaja jadual sekolah masing-masing dimuat naik. Untuk meringankan lagi beban kerja pentadbiran sekolah, iNEIS™ Helpdesk Team telah mengambil inisiatif untuk menjalankan proses tersebut bagi pihak sekolah dengan syarat bahawa pihak sekolah sudah memuat naik jadual Term 2030 dan School Registrars menyelesaikan isu-isu seperti dibawah terlebih dahulu:

  1. Semua isu mengenai Student Movement (Transfer dan Withdrawal).
  2. Tidak ada isu pendaftaran pada Term 2020 seperti Classes Not Enrolled, Students Not Enrolled, Student with Wrong Level/Enrolment, dan Student Enrolled to Wrong Campus.

Nota: Pihak Sekolah akan dihubungi bagi pengesahan mengenai isu-isu atas dalam tempoh ini.

Sila rujuk di sini untuk menyemak kemajuan sekolah bagi kedua-dua Timetable dan Enrolment Rollover. Senarai ini akan dikemaskini pada setiap hari Isnin dan Khamis sehingga SEMUA sekolah telah selesai dengan aktiviti tersebut.

Memorandum untuk perkara ini boleh didapati di sini.

Untuk bantuan lebih lanjut, sila hubungi kumpulan iNEISTM Helpdesk di

Tel No: + 673-2230635 atau

Email: ineis@moe.gov.bn atau layari laman web http://help.ineis.moe.gov.bn.

Terima kasih atas perhatian awda mengenai perkara ini.