6.2.5" />

[BM] PENILAIAN PRESTASI GURU-GURU DALAM SISTEM INEIS™

Perhatian kepada Pengetua, Guru Besar dan Penolong Sekolah Kerajaan,

Sila ambil maklum bahawa Jabatan Sekolah-Sekolah telah membuat penambahbaikan iNEIS™ iaitu dengan adanya seksyen baru bagi merekod Penilaian Prestasi guru-guru (TPA) mulai September 2020.

Sehubungan itu, sukacita dipohonkan kepada para Pengetua, Guru Besar dan Penolong sekolah masing-masing untuk memastikan guru-guru yang memegang perananan sebagai School Admin-Teacher Records untuk mengemaskini data para guru, Pengetua, Guru Besar dan Penolong termasuk mengemaskini User Role Matrix (URM). Dimaklumkan juga bahawa seksyen baru ini hanya boleh di akses oleh Pengetua, Guru Besar dan Penolong sekolah sahaja memandangkan ianya SULIT.

Bengkel dan tunjuk-cara mengenai perkara diatas akan ditetapkan dalam masa yang terdekat. Sebagai tambahan, untuk mengetahui tentang iNEIS™ user roles, sila klik disini.

Memorandum untuk perkara ini boleh didapati di sini.

Untuk bantuan lebih lanjut, sila hubungi kumpulan iNEISTM Helpdesk di

Tel No: + 673-2230635 atau Email: ineis@moe.gov.bn atau layari laman web http://help.ineis.moe.gov.bn

Terima kasih atas perhatian awda mengenai perkara ini.