6.2.5" />

[BM] Teacher Performance Appraisal Workshop Announcement

Perhatian kepada semua Pengetua/Guru Besar dan Penolong Guru Besar Sekolah-Sekolah Kerajaan,

Sila ambil maklum bahawa Jabatan Sekolah-Sekolah akan mengadakan bengkel untuk merekod Penilaian Prestasi atau TPA guru-guru bagi semua sekolah kerajaan. Sebagai peringatan, bengkel ini terhad kepada Pengetua/Guru Besar dan Penolong Guru Besar sahaja kerana ianya melibatkan maklumat SULIT. Memorandum serta jadual bengkel sekolah masing-masing boleh didapati disini.

Slides bengkel ini boleh di muat turun disini.

Sehubungan dengan itu, perlu diingat bahawa Pengetua/Guru Besar dan Penolong Guru Besar di sarankan untuk membawa Senarai Staff Particulars Report (MOE_STAFF_PARTICULAR) dan Senarai Penilaian Prestasi atau TPA guru-guru untuk Tahun 2019 semasa bengkel tersebut.

Untuk bantuan lebih lanjut, sila hubungi kumpulan iNEISTM Helpdesk di

Tel No: + 673-2230635 atau Email: ineis@moe.gov.bn atau layari laman web http://help.ineis.moe.gov.bn

Terima kasih atas perhatian awda mengenai perkara ini.