6.2.5" />

[BM] END OF YEAR CHECKLIST FOR AY2020 ANNOUNCEMENT

Perhatian kepada Student Registrars,

Pihak kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih di atas kerja keras yang diberikan, serta sokongan dan sumbangan yang berterusan kepada iNEIS™.

Seperti yang semua maklum, Tahun Akademic bagi Tahun 2019 semakin tiba kepenghujungnya. Adalah disarankan kepada Student Registrars untuk memastikan tugas-tugas berikut dilakukan:

  1. Graduating Students
    • Student Clearance
    • Graduating Students
  2. Student Progression
    • Student Progression
    • SAP Year 9 Progression
  3. Student Track Allocation
  4. New Student Upload

Panduan ini akan membantu anda menjalankan aktiviti-aktiviti yang tertera di atas, bagi memastikan data pelajar-pelajar dikemas kini untuk Tahun Akademik yang seterusnya. 

Bagi pelajar-pelajar yang masih ada isu yang bertangguh seperti Transfer / Withdrawal / Deferment, sila ambil maklum untuk menyelesaikan isu-isu tersebut sebelum meneruskan proses seterusnya seperti Graduation/Progression/Streaming.

Jadual dibawah adalah rumusan tiga (3) aktiviti utama, Academic careers yang dimaksudkan, serta tarikh permulaannya.

Academic Career

Graduating Students

Student Progression

Student Track Allocation

Pre-School

Pertengahan November 2020

Primary

Pertengahan November 2020

Selepas 30hb November 2020

Secondary

February-March 2021*

Selepas 30hb November 2020*

Selepas 30hb November 2020**

Sixth Form

February-March 2021*

Selepas 30hb November 2020*

Sports School

February-March 2021*

Selepas 30hb November 2020*

Selepas 30hb November 2020**

Tertakluk kepada pengumuman keputusan peperiksaan.

** Tertakluk kepada ketersediaan senarai pelajar, beserta program Streaming masing-masing.

1. GRADUATING STUDENTS

Proses ini dilakukan bagi pelajar-pelajar yang telah menamatkan Program Akademik masing-masing. Sebelum meneruskan proses Graduation Students, adalah disarankan bagi Student Registrars untuk memastikan senarai semak dibawah telah dilengkapkan terlebih dahulu:

1.1 Student Clearance– Guru-guru yang memegang peranan sebagai School Admin Clearance akan menetapkan, mengemaskinikan, dan melengkapkan senarai semak (Clearance Checklist(s)) untuk pelajar yang akan menamatkan pengajian.Untuk mendapatkan garis panduan, sila klik pautan (link) di bawah:

NOTA:

– TIDAK DIGUNAKAN untuk pelajar Pra Sekolah.

– Sekiranya proses Create Clearance Checklists memaparkan ‘No Success’, sila berhubung terus dengan iNEIS™ Helpdesk Team untuk memastikan peranan pengguna (user role) tersebut ditugaskan dengan sekuriti yang diperlukan.

1.2 Graduating Students– Guru-guru yang memegang peranan sebagai School Admin Clearance akan menamatkan pengajian pelajar-pelajar bersandarkan keputusan perperiksaan masing-masing.

Untuk mendapatkan garis panduan, sila klik pautan (link) di bawah:

NOTA:

– ONLY applicable for Pre-School, PSR, ‘O’ Level, IGCSE, Edexcel Extended, Edexcel Diploma, Special Needs and ‘A’ Level students.

– DIGUNAKAN HANYA UNTUK pelajar Pra Sekolah, PSR, ‘O’ Level, IGCSE, Edexcel Extended, Edexcel Diploma, Berkeperluan Khas (Special Needs) dan ‘A’ level.

– Sila pastikan proses Graduation Students dibuat bagi kedua-dua careersAcademic dan CCA.

2. STUDENT PROGRESSION

Proses ini dilakukan bagi pelajar-pelajar yang akan di naikkan ke darjah/tingkat seterusnya, yang mana akan bersandarkan kepada statistik kedatangan pelajar masing-masing.

2.1   Student Progression – Student Registrar adalah peranan yang akan sama ada menaikkan pelajar ke darjah/tingkah seterusnya, atau akan mengekalkan pelajar bagi Tahun Akademik yang baru/akan datang.

Untuk mendapatkan garis panduan, sila klik pautan (link) di bawah:

(HANYA DIGUNAKAN untuk pelajar Sekolah Menengah yang akan naik ke peringkat seterusnya, iaitu dari Special Applied Program Year 9 (SAPYR9) ke Tahun 10, mengikut aliran yang sudah disediakan seperti Art & Design Year 10, Business Administration Year 10 dan seterusnya)

NOTA:

– HANYA DIGUNAKAN bagi Tahun 1-5, Tahun 7 (termasuk Sekolah Sukan), Tahun 9 (termasuk Sekolah Sukan), Tahun 10 (termasuk Sekolah Sukan) dan Tingkatan Enam bawah.

– Sekiranya proses Progression sudah dilengkapkan sebelum proses Graduation Students, adalah di ingatkan kepada School Student Registrar untuk mengenal pasti dan mengecualikan pelajar-pelajar tersebut dari proses Graduation Students. Langkah ini dilakukan untuk mengelakkan School Student Registrars daripada menamatkan kumpulan pelajar yang salah.

– Bagi pelajar-pelajar yang tidak melalui proses Progression disebabkan oleh kedatangan dibawah 85%, proses progression mereka akan dilalukan secara manual.

3. STREAMING OR STUDENT TRACK ALLOCATION

Proses ini perlu dilakukan untuk streaming / mengekalkan pelajar ke Academic Program dan Plan yang sesuai untuk Tahun Akademik yang baru.

Untuk mendapatkan garis panduan, sila klik pautan (link) di bawah:

NOTA:

– HANYA DIGUNAKAN untuk Tahun 8 (termasuk Sekolah Sukan, dan SAP Tahun 11(Special Applied Program Year 11).

4. NEW STUDENT UPLOAD

Proses ini perlu dilakukan bagi pelajar baru yang berpindah/berasal dari Sekolah Arab atau Sekolah Swasta, dan juga bagi pelajar yang sudah menamatkan pelajaran dari academic career yang terdahulu/sebelumnya. Contoh adalah bagi pelajar yang sudah menamatkan pembelajaran dari Pra Sekolah hendaklah di muat naik sebagai pelajar Sekolah Rendah.

Untuk mendapatkan garis panduan, sila klik pautan (link) di bawah:

NOTA:

– Sijil Kelahiran adalah dimestikan bagi semua pelajar yang akan di muat naik.



Untuk bantuan lebih lanjut, sila hubungi iNEIS™ Helpdesk Team di talian

+673-2230635 atau Emel: ineis@moe.gov.bn atau sila lawat ke laman web http://help.ineis.moe.gov.bn.

Diucapkan terima kasih diatas perhatian anda terhadap perkara ini.