6.2.4" />

[BM] Student Withdrawal under 18 Years Old

Kepada Pendaftar Sekolah,

Adalah dimaklumkan dan berkesan dengan serta-merta bahawa kami telah menggunakan tiga (3) Withdrawal action reasons untuk proses Withdrawal bagi pelajar di bawah umur 18 tahun untuk terus menampung statistik keseluruhan kehadiran sekolah.

Withdrawal actions reasons yang baru adalah tertera di bawah:

 

Action Reason

Reason Description (Malay)

Reason Description (English)

WD11

Masalah Kesihatan di bawah Umur 18 Tahun

Health Reasons Under 18 Years Old

WD12

Masalah Keluarga di bawah Umur 18 Tahun

Family Problems Under 18 Years Old

WD13

Berhenti Sekolah di bawah Umur 18 Tahun

Quit School Under 18 Years Old

 

Pada masa ini, pelajar yang dibawah umur 18 tahun tidak boleh dikeluarkan dari sekolah tanpa menyediakan surat rasmi dengan sebab memindahkan ke sekolah swasta, Sekolah Arab atau keluar negara.

Walau bagaimanapun, dengan Withdrawal reasons yang baru, pelajar dibawah umur 18 tahun boleh dikeluarkan dari iNEIS™ selepas pihak sekolah mengambil tindakan berikut:

1. School Student Registrar untuk menghubungi ibu bapa/penjaga untuk mendapatkan keberadaan pelajar.

2. Sekiranya pihak sekolah mengalami kesukaran untuk menghubungi ibu bapa/penjaga pelajar, pihak sekolah akan menandakan pelajar sebagai ‘Absent’ dalam kehadirannya selama sebulan. Contoh ialah 16 Januari 2020 hingga 16 Februari 2020.

3. Setelah satu bulan ketiadaan pelajar dan tidak ada sebarang kemas kini daripada ibu bapa/penjaga, pihak sekolah boleh mengeluarkan pelajar melalui proses Student Withdrawal di dalam iNEIS™.

Nota: Tarikh pengeluaran hendaklah pada hari pertama SELAPAS tempoh sebulan ketidak hadiran pelajar. Contoh ialah 17 Februari 2020. 

4. Sekiranya pelajar ingin kembali bersekolah, ibu-bapa/penjaga boleh merayu untuk mendapatkan surat kebenaran dari Unit Hal Ehwal Pelajar Jabatan Sekolah-Sekolah. Setelah pelajar diberi surat kebenaran dan memberikannya ke Pentadbir Sekolah, pihak sekolah boleh meneruskan dengan process memasukkan pelajar (readmit) sekolah melalui iNEIS™.

Untuk mendapatkan tatacara penuh mengenai proses pengeluaran pelajar yang dibawah umur 18 tahun, sila rujuk kepada FAQ kami di “How to withdraw a student in iNEIS™?”

Diucapkan ribuan terima kasih diatas perhatian anda terhadap perkara ini.

Untuk bantuan lebih lanjut, sila hubungi iNEIS™ Helpdesk team di talian: +673-2230635,

atau emel kepada: ineis@moe.gov.bn

atau lawat laman sesawang kami di http://help.ineis.moe.gov.bn