6.2.5" />

[BM] CURRICULUM MATERIALS ON ENGLISH WALL CHARTS AND ENGLISH PICTURE CARDS FOR PRE-SCHOOLS

Perhatian kepada Pengetua / Guru-Besar Sekolah Rendah Kerajaan, Kementerian Pendidikan,

Sila ambil maklum bahawa bahan-bahan kurikulum berkenaan ada dalam simpanan pihak keraajan di Unit Penerbitan, Bahagian Buku-Buku Teks, Stor Buku Pusar Ulak, Bandar Seri Begawan. Oleh itu, pihak sekolah dinasihatkan untuk menghubungi talian 2240351 pada waktu bekerja jika memerlukan penambahan bahan-bahan kurikulum tersebut sebelum menghantar wakil bagi proses pengambilan. Dipohonkan juga kerjasama bagi wakil setiap sekolah untuk membawa bersama cap sekolah semasa mengambil bahan-bahan berkenaan.  

Memorandum bagi perkara diatas boleh didapati disini.

Di maklum juga bagi Pegawai Buku-Buku Teks untuk mengemaskini Curriculum Materials Inventory (Stock book) di dalam iNEIS™ setelah buku-buku teks tersebut sudah diperolehi. Sila rujuk Online Help untuk mengetahui tatacara tersebut.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila hubungi

  • Unit Penerbitan, Jabatan Perkembangan Kurikulum, di talian 2384333 ext 310/313/314/316 untuk sebarang pertanyaan berkenaan dengan Buku-Buku Teks.

Emel: upn@cdd.moe.edu.bn 

Diucapkan ribuan terima kasih di atas perhatian anda mengenai perkara ini.